Mac yang lepas, saya mengikuti Sabah FotoCamp Siri 1/2010.. Ini bukanlah kali pertama saya menyertai kursus Fotografi.. Namun, di sinilah bermulanya minat yang mendalam terhadap fotografi.. Kami diajar asas-asas dalam fotografi, termasuklah sedikit asas dalam bahagian editing gambar... Sebelum ini, saya kurang pendedahan.. Syukur alhamdulillah, saya akhirnya berupaya untuk melangkah lebih jauh dari sebelumnya.. FotoCamp inilah yang memberi semangat kepadaku untuk berusaha supaya mencari/menambah lagi ilmu dalam bidang fotografi...
Mei lepas.. Untuk kali pertama saya bertemu dengan salah seorang jurugambar perkahwinan yang paling terkenal di Malaysia, Syahrin Abdul Aziz... Alhmadulillah, tak sia-sia bagiku menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Syahrin.. Lebih banyak benda baru yang kami dapat pelajari daripada beliau.. Terutamanya, bahagian editing dan sedikit asas pencahayaan yang sebelum ini saya tak ketahui...
Jika Mac yang lepas saya hadir sebagai peserta, Mei lalu berlangsung lagi Sabah FotoCamp untuk siri yang ke-2 bagi tahun 2010.. Namun, kali ini saya menyertai FotoCamp sebagai salah seorang fasilitator.. Biarpun peserta agak kurang berbanding dengan siri pertama, namun kualiti yang dipamerkan oleh para peserta adalah lebih baik berbanding dengan kami dulu.. Syukur alhamdulillah, saya berbesar hati kerana dapat membantu para peserta untuk mempelajari asas-asas fotografi.. Diharapkan mereka mampu pergi lebih jauh selepas ini sepertimana yang saya lakukan sebelum ini...
Fasilitator-fasilitator untuk Sabah FotoCamp siri ke-2
Biarpun sudah jauh kaki ini melangkah, namun masih ada lagi kekurangan yang saya rasa... Insya Allah, saya akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi kemahiran saya dalam fotografi...